Jetour X70 Plus bakal dilancar di M’sia pada Q2 2025 – nama berbeza diberikan untuk pasaran tempatan

Jetour Malaysia bakal melancarkan model X70 Plus untuk pasaran Malaysia pada suku kedua (Q2) tahun ini, bagi memberikan laluan kepada SUV Dashing yang bakal dilancarkan selepas sambutan Tahun Baharu Cina (CNY) ini.

Perkara ini disahkan oleh Kevin Xu selaku Timbalan Presiden Jetour Auto International dalam majlis makan tengahari sempena CNY bersama pihak media sebentar tadi.

Walau bagaimana pun, Xu berkata, untuk pasaran Malaysia, X70 Plus bakal digantikan dengan nama yang lain memandangkan Proton telah pun menggunakan nama tersebut pada SUV pertamanya. Namun nama X70 Plus masih dikekalkan untuk pasaran global.

Beliau turut menambah semua produk Jetour untuk pasaran kita akan dikeluarkan secara pemasangan tempatan (CKD), termasuk SUV off-road T2 yang dijadualkan akan diperkenalkan di Malaysia pada suku ketiga (Q3) tahun ini. Walau bagaimana pun, beliau tidak mendedahkan rakan kerjasama pemasangan tempatan memandangkan ia adalah listed company dan protokol perlu dipatuhi.

GALERI: Jetour X70 Plus dipertontonkan di Malaysia

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *